"All right everyone, line up alphabetically according to your height."
Casey Stengel


Monday, February 18, 2013

Paghis, Fghance


Okay it was again my last-minute planning with kak fini.
It started when suddenly at one beautiful, harmony, sensasi day that kak fini asked: 

'Tiqa nak ikut kak fini pergi Paris tak?'
'Eh boleh tahan jugak kak fini ni bergurau.'
'Tak, kak fini serius ni. Uncle kak fini ada kat sana, dia kerja sana, so dia suruh 
kak fini dtg alang2 dia ada kat paris kan. Tp kak fini tak berani fly sorang2.'
'Errrrr, jap tanya abah dulu eh!' 

----------------------------------------
'Hai abah. Kwn angah ajak pergi Paris.'
'Oh yeke? Bila tu?'
'Winter break ni. (Which only a week left)'
'Stay dekat mana nanti?'
'Rumah uncle dia, uncle dia kerja sana.'
'Okaaaaaaaaaay'


OKAAAAAAAAAY????? I was like ommaaaaaaaigaaaaaaaad biar bonar ni kaaan abah kasi pergi tanpa berfikir pnjg. Abah tak fikir ke anak dara dia yg comel cun kiut miut (puih) ni nnt bahaya sorg2 ke apa ke. Ishhhhhh 

K saje je walhal abah yakin dan pasti bahawasanya aku ni mmg selalu redah tak pikir pape thats y dia tak heran aku pergi sendiri. Yela before this kalau urusan flight tiket ni semua yada yada abah yg uruskan kan. Heheheheheh. Well, i did survive ya knowwwwww :3 

Oh ye dan mungkin juga abah dgn senang hati lepaskan aku pergi paris yg dikatakan kota shopping fesyen tahapahapa lg tu sbb dia tau, yakin, pasti dan percaya yg aku ni takkan shopping kat sana habiskan duit dia kerana dia tahu aku ni bukan kaki shopping! Hehehehehehehhehehehehehehehhehehehehehehehehehheheh. K dah stop it. 

Okay it was 27th of Jan (if i wasnt mistaken) kehkehkeh boleh plk lupa. My flight from Egypt to Charles de Geule(cenggini kot spelling dia hehe tak ingat jugak) it took errr 5 hours! 

K sampai je sana, uncle kak fini dah tunggu berdiri sorg2 kesian plk aku tgk sbb dia tunggu lama. Luggage punya pasal la kecoh gila lambat gila keluar. Tah pape -..- 

K when i was just astep outside from the airport, wooohooooooooo sejuk weh since ada snow kan tp tgl kesan2 je but still sejuk gila nak **** k. Biaselah, org malaysia ... Hahahah

K, kat luar airport tu ttbe uncle kak fini cakap2 dgn drebar taxi kot gua senyap jela kan sbb tak paham haprak setitik pon bahasa diorg hahahah. Yg aku tau cuma: 'bonjour' 'cava bien' 'komotutapel(ni spelling dia aku tau terabur sbb aku spell ikut sebutan) 'jemapel' 'merci' haaa cikai2 punya jela kehkehkeh. Then driver td tu bwk la kitorg g kat taxi dia. Gua pandang taxi dia sekali, gua cakap 'WOW COOL' !!! Then gua pndg tmpt lain, jap lagi gua teringat sesuatu, gua pndg balik kat taxi tadi! Mak aiiiiiii Benz latest weh Benz paham tak Benz? Paham tak Benz tu merupakan sejenis kereta Mercedes keluaran Germany(ni aku tibai je tak sure betul ke tak germany kehkeh).

Gua bajet2 nk suruh uncle kak fini amik teksi murah jela kan, almaklumlah, sini kan guna Euro, mahal kotttt!! Setakat taxi, aku tak perlulah yg mewah gedabak ni sdgkan kat egypt gua layan je naik charade. Kihkihkih k dh merepek. Skali gua pndg keliling, mak ai semua teksi mmg sama k mmgsemua nak merce hahahahah palig cikai teksi gua nampak adalah toyota wish. Try imagine that ... 

K gua pon teruskan perjalanan dr CDG airport ke Goerge V where our aprtment belongs to. Ceh nak bajet plk cakap OUR apartment mihmihmih. K ni kwsn apartment tu. sbb nya kat kota paris tgh2 alam ni mmg takde bungalows k. Nak jumpa bungalow sila cari sndr kat pinggir2 nak menghala ke Val de Europe. Okay sbnrnya aku agak sengal sbb update blog ni guna ipad susah nak masukkan gmbr kahkahkah esok ah gua kasi gmbr k. 

Cerita dia skrg ni baru introduction tp gua dh penat tulis hahahahah.

K sambung. Pastu gua tdo la yela konon2 jetlag kan (ahaks) . Then the journey started on the next day.

K gua punya first trip adalah ke Aquarium Paris, tak masuk pon just amik gmbr kt luar sbb diorg ckp aquaria klcc lg best heheheh. 
K gua pergi lah ke Eiffel Tower. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaau besaunyaaaaa tingginyaaaaaa uuuuuu aaaaaaaaa k stop it. Hahah tak yg sbnrnya gua tak paham knp semua nak honeymoon kat sini. Bukan ada pape pon kihkihkih. Tahla, maybe aku ni hopeless helpless kot psl lovey dovey ni tu yg gua tak heran pon. Dan gua bercadang utk takkan ber honeymoon kt sini sbb takde benda. Better pergi broga hill, atleast boleh imbau kenangan jumpa si hengsem Aizat Amdan hiks. K merepek lg skali. 

But one thing, i love the park!! Gua rasa agak jakun + teruja sbb nmpk everything is in green! Yahahaha sbbnya mata gua pon nak kabur dh duk egypt ni semua coklat lumpur manjang. Pleaseeeee. (K ni gedik jgn layan). Kira stress-out la dpt fresh air kan. 

Then lepas gua dh penat posing bergambar kat eiffel, gua pergi Musee Louvre, a very huge museum dimana terletaknya potret Mona Lisa tanpa kening tu. takyah ckp ah, mmg ramai gila koreans. Biasela diorg mmg jenis manusia yg suka buang masa menghayati khazanah muzium kan. Gua lain pula. Gua masuk muzium tu, gua cari potret mona lisa, gua snap 2 kali, eh 3 kali kot termasuk gmbr gua berangan then gua chow. Heheheh almklumlh, thats not my place! Hewhewhew

Keluar je dr muzium tu, gua prgi mall dia. Pelamaaaaaaks gua takleh tahan tgk all the butiks mak ai help me help me. Gua masuk satu kedai comel terang benderang colorful ceria gua suka nama kedai ni PYLONES!! Pelamaaaaak semak ah semakkkk(smart dlm bahasa kelantan) sempat gua capai cover utk ipad gua. Bajet2 nk cari iphone 4s punya cover nak bg along n abah, jap lagi takde!!! Sorry k, all Parisian guna iphone 5 k no more iphne4/4s ni. Cis. Nampak tak nampak tak? Korang nampak takkkkkk???? K emo tiba2. 

Then gu masuk Fragonard, skali lg gua sempat capai perfume sekotak hewhewhew. Then balik, singgah Champ Elysees di mana this road is so famous mmg tmpt shopping LV Furla Uni.color benetton Gap yada yada Zara jgn lupa mmg gua tak tahan tp gua perlu tahan gak sbb gua kena fikir gua nak shopping guna duit abah hahahahahah. Masalahnya tgh Soldes weh soldes. Paham tak soldes tu Sale?? H&M baju seluar tgl 7-14 euro je. K pengsan. Oh btw yg paling best Champ Elysees ni kat bwh rumah uncle kak fini je maigaaaaad nampak tak ke-heaven-an nya tu????? Heheheh nk shopping turun bawah rumah, jumpa Bvlgari, Versace, Paul mc-jshydvesis tah cemana nak eja. Ni mmg butik org yg taktau nk guna duit utk apa. 

Oh btw bwh rumah jugaklah ada butik Hermes. Uols tau tak ni Rosmah punya feveret butik? Gua nak pegang pon gigil. K sbnrnya tkyah cerita pon takpe hahahah. Sukati gua la, gua punya blog. Oh btw lepastu tah cemana boleh terjumpa shafiqa najib. My classmate tp dia serombongan dgn sibling dia kot ke kembar tahlah gua pon taktau sape tp muka diorg sama. 

K sbnrnya gua dh start malas nak type. Takpe, gua gagahkan jugak. 

Esoknya pergi notre dame dgn sacre coure. Gua malas nak cerita pnjg sbb dh penat. Uols pon mesti dh bosan baca kahkahkah. Eh tp ada gua heran? Not at all :3 

Pastu seharian pergi jenjalan then teman kak fini shopping kat champ elysees yada yada. Esoknya pergi mana eh? Eh tak ingat la. Eh pergi Val de Europe ha ye ye gi tempat ni ada outlet. Bapak gua dh tanya, gi outlet dgn siapa. Heheheeh aku suspek abah gua dh cuak la tu, takut anak dia yg prihatin dan berjiwa penyayang ni habiskan duit dia. Yela, abah gua yg cakap, swipe je. Heheheh 

Gua ckp dgn abah yg gua nk beli 2 seluar. Dia kata okay. Yg paling best bila abah cakap: kalau duit tak cukup bgtau, nnt abah bank in. Hahahahah tu lawak namanya.takkanlah gua yg serba serbi tak minat shopping ni nak habiskan duit dia kan. Hahahahah. Oh, kakak gua suruh belikan dia handbag LongChamp. Yela, ni kan brg Paris, so kira murah la sikit. Kat States mahal gila kot 200usd bapak ah. Kat paris ni makcik2 bwk beg longchamp gi pasar gi carrefour tau. Kita je yg kesian sikit nk batak bwk gi ofis heheheh. 

Maka dgn sukahati ribena gua swipe beli 2 hndbag LongChamp ni satu utk along,& another one is for Mama. Disebabkan gua bkn yg jenis pakai handbag ni, so gua takde rasa nak beli pon la. Sbbnya mmg niat nk beli seluar je pon kan. Hahahah. 

Maka tibalah masa gua cari seluar gua. Dgn muka rendah diri gua masuk Tommy. Bapak ahhhhhhh sale dia tak boleh blah. 50% 70% felamaks. Gua pon apa lagi. Capai ah 2 helai. Maka pada hari itu sahaja habis sudah duit gua sbnyk 200euro. Kihkihkih murah jewww. Tak dpt harga tommy cenggitu kat malaysia. Lols.

K pastu esoknya gua pergi disneyland, gua eksaited bila jumpa capt jack sparrow je. Yg lain tu heartless sikit hahahah. Tp mashaaAllah sejuk dia mmg tahap yg berjalan pon kena tunduk sbb sjuk. Eh korg paham tak? Ah pepaham sndr la k. 

Then lusanya kitorg balik semula ke Egypt, ardhul kinanah bumi barakah para anbia alhamdulillah. K sbnrnya best je trip aku kat paris ni. Cumanya gua tak reti nk ekspreskan perasaan gua dlm tulisan. So pepandai la korg baca dgn intonasi yg sungguh eksaited k. Apa2 lg nak tau pasal Paris boleh je tanya gua, (bajet jap) tapi Paris je bukan europe bkn satu France k. 

Gua teringat abah gua cakap: 'Angah, people there tak suka kita ckp English. Tp ckp jawa boleh' kahkahkah gua tergelak baca ayat ni. Uols tak gelak ke? Sukati ah.

Pastu abah gua dulu kerja kat France. Tp bkn Paris la. Kat Crolles & Grendoble tak silap aku. K tiada kaitan aku saje je nak bgtau heheheh. 

P/s: Sekian sahaja bebelan gua malam ini. 
Pp/s: gua perlu rehat.
Ppp/s: ampunkanlah jika ada typo byk. Tu mmg hobi.

See u soon. Bye. Wslm. Chalo betey 








2 comments:

  1. fuh semangat bercerita tapi gambo mano ? -.-

    ReplyDelete
  2. Maaf ye saudara. Update blog ni time guna ipad. Later will put in some pictures. Sorraaaaay

    ReplyDelete