"All right everyone, line up alphabetically according to your height."
Casey Stengel


Friday, May 18, 2012

smile while u still can

bersabarlah wahai hati, kerana sesungguhnya ALLAH bersama dengan hamba-Nya yang sentiasa bersabar.

janganlah titiskan walau sedikit air mata kesedihan dan kesakitan, sedangkan jika ingin dibandingkan dengan kenikmatan dan kebahagiaan yang telah Allah berikan itu, jauh sekali bezanya. 

janganlah putuskan hubungan dengan Sang Pencipta, kerana sesungguhnya Dia tidak pernah mengharapkan perpisahan dengan hamba-Nya. 

bergegaslah mendapatkan Tuhanmu, rujuklah Dia, bermohonlah petunjuk, kerana Allah Maha Penyayang, yang bakal mendapatkan kamu kembali, yang bakal memberi petunjuk dan inayah, yang bakal memberi petanda kau berada di jalan yang benar/salah, yang tidak akan sesekali melukakan hatimu, yang tidak akan pernah berhenti menjadi pendengar keluhanmu, pendengar masalahmu, kerana Dialah sebaik baik pendengar dan pemberi pertolongan :)

MASYA ALLAH! luas barakahnya jika dilimpahi dengan kasih sayang drpd ALLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM :)


tadahlah tangan selagi mampu


bersujudlah selagi bertenaga walaupun secebis cuma! 

semoga diberkati, insyaAllah




No comments:

Post a Comment